Tazkirah Ramadan pada 15 Ramadan 1435H bersamaan dengan 13 Julai 2014 telah disampaikan oleh Pencetus Umah (PU) Hafiz yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur. Beliau juga telah mengimamkan solat sunat tarawih 8 rakaat. Sambutan menggalakkan oleh jemaah Surau Al-Faizin, dianggarkan seramai 300 orang hadir untuk mendengar tazkirah beliau. Tazkirah "Ramadan Bulan Ibadah" beliau yang mengambil masa hampir sejam suku berakhir pada jam 11.30 malam begitu mengujakan hadirin terutamanya kanak-kanak.
Sepanjang bulan Ramadan ini sebanyak 20 tazkirah termasuk 3 kuliah subuh telah diatur oleh Biro Dakwah Surau Al-Faizin.
Selain dari tazkirah PU Hafiz yang lain-lainnya adalah :-
Tazkirah Ustaz Wan Mohd Nadzmi, Ustaz Yazid Rumbali, Ustaz Shaari Osman, Ustaz Zulkifli Zainon Al-Hafiz, Ustaz Razali (Kuliah Subuh), Ustaz Mohd Azman Chat, Ustaz Sabran Harun, Ustaz Zainal Manjung, Ustaz Saidin Mat Hasnam, Ustaz Supian Abdul Latip, Ustaz Idris Ismail (Kuliah Subuh), Ustaz Hanafiah, Ustaz Akmal Kamaruddin, Ustaz Jefri Abu Bakar, YB Ustaz Zawawi Abu Hassan, Ustaz Tarmizi Sahari, Ustaz Rijaluddin Yahya (Kuliah Subuh), Ustza Mohd Noor Dahlan dan Ustaz Yahaya Abdullah.

Forum Perdana bertajuk "Kanun Jenayah Syariah : Satu Penjelasan telah diadakan di Surau Al-Faizin pada 19 Jun 2014 yang lalu. Program sempena Mini Karnival Masyarakat di Hatiku ini anjuran NGO Muslim Braders Daerah Kerian dengan kerjasama Majlis Agama Islam Perak, Pejabat Agama Islam Bagan Serai, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad, Surau Al-Faizin dan Percetakan Ridzuan Fast Print.
Mini Karnival Masyarakat di Hatiku telah bermula pada jam 2.30 petang dengan aturcara yang diadakan seperti pameran daripada Majlis Agama Islam, pemeriksaan kesihatan percuma daripada Kementerian Kesihatan, Rawatan Darussyifa' dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak berumur 12 tahun. Program Mini Karnival ini telah diserikan dengan penampilan istimewa selibiriti Wahid Senario yang mencuit penonton dengan telatah lucunya pada Pertandingan Mewarna.
Kemuncak kepada Mini Karnival Masyarakat di Hatiku ialah Forum Perdana - "Kanun Jenayah Syariah : Satu Penjelasan". Ahli panel yang diundang khas ialah Dato' Salleh Haji Ahmad, Ahli Majlis Fatwa Negeri Perak dan Selangor, Ustaz Dato' Dr. Nik Zawawi Nik Salleh, Pengerusi Alumni Timur Tengah dan Moderator Ustaz Kamal Izat Ahmad, Yang Dipertua PPUP. Forum Perdana ini telah bermula pada jam 9.15 malam dengan ucapan aluan Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai, Tuan Haji Tarmizi Sahari.
Sebelum itu, selepas solat maghrib telah diadakan majlis sumbangan kepada fakir miskin. Dua orang penduduk taman telah terpilih untuk menerima sumbangan daripada Muslim Braders. Majlis penyampaian sumbangan ini telah disempurnakan oleh Dato' Salleh Haji Ahmad yang juga merupakan Penasihat Muslim Braders.
Jamuan makan telah disediakan kepada jemaah yang hadir selepas solat maghrib. Seorang penduduk taman telah menghulurkan sumbangan bagi mengadakan kenduri ini.
Dianggarkan seramai 300 orang telah menghadiri Majlis Forum Perdana ini. Forum Perdana ini bermula jam 9.30 malam dan telah berakhir pada jam 11.45 malam. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mini Karnival Masyarakat di Hatiku dan Forum Perdana - "Kanun Jenayah Syariah : Satu Penjelasan". Semoga Allah memberkati usaha kita dan memberi ganjaran pahala yang berlipat ganda kepada semua.

Akhirnya setelah 2 kali cubaan untuk membawa pendakwah Tanyalah Ustaz TV9, Ustaz Halim Din ke Surau Al-Faizin menemui kegagalan, pada malam 27 Rejab 1435H bersamaan 27 Mei 2014 seperti yang dijadualkan beliau telah datang untuk memberi ceramah sempena Israk Wal Mikraj. Ceramah beliau bermula selepas solat maghrib lebih kurang sekitar jam 7.50 malam dan berakhir sejam setengah kemudian. Dianggarkan seramai 200 orang termasuk muslimat menghadiri ceramah beliau. Jamuan nasi disediakan selepas ceramah secara "buffett" untuk jemaah yang hadir.
Kuliah Maghrib Perdana pada 18/4/2014 yang lalu di Surau Al-Faizin telah menampilkan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr. Badrulamin Bahron. Beliau yang terkenal dengan zikir munajatnya juga telah mengimami sembahyang maghrib dan isyak. Kehadiran jemaah surau termasuk jemaah masjid dan surau berdekatan untuk mendengar kuliah Ustaz Dr. Badrulamin amatlah memberangsangkan.
Ustaz Dr. Badrulamin telah menyampaikan kuliah yang bertajuk "Amal Makruf Nahi Mungkar" bermula jam 8.00 malam dan berakhir sejam suku kemudian. Rata-rata jemaah berpuashati dengan kuliah dan ilmu yang disampaikan oleh beliau. Diharap pihak AJK surau dapat membawa lebih ramai lagi pendakwah-pendakwah terkenal ke Surau Al-Faizin bagi memanfaatkan ilmu agama yang dimiliki mereka.

Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Faizin Kali Ke 3 telah diadakan pada 11 April 2014 yang lalu dengan kehadiran 66 orang ahli kariah. Ustaz Mohd Nor bin Napiah, Penyelaras Masjid Derah Bagan Serai telah merasmikan mesyuarat agung kali ini bagi menggantikan Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai yang tidak dapat hadir.
Antara agenda mesyuarat agung kali ini adalah pemilihan AJK Surau bagi sesi baru 2014 - 2015. Untuk pemilihan AJK kali ini walaupun ada bantahan dari seorang ahli kariah bagi cadangan semua AJK dikekalkan, namun tiada sokongan yang diterima bagi bantahan tersebut. Keputusannya semua AJK lama dikekalkan untuk sesi baru 2014 - 2015. Tahniah bagi semua AJK Surau Al-Faizin yang terlantik semula.
Semoga semua AJK dapat menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberi ini dengan baik. Kita sebagai ahli kariah pula hendaklah memberi kerjasama kepada semua AJK dalam mengurustadbir surau dengan memberi sokongan kepada semua program dan aktiviti yang diatur. Semoga surau kita terus mendapat berkat dan rahmat Allah. Marilah kita BERSAMA MENGIMARAHKAN SURAU.

Sempena dengan Program Jelajah Perak 2014 Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa di Taman Serai Permai selama 5 hari bermula 28 Januari dan berakhir pada 1 Februari 2014, satu Forum Perdana bertajuk "Syiah : Pemalsuan atau Penyelewengan" telah diadakan di Surau Al-Faizin. Program anjuran Persatuan Mahasiswa UIAM dengan kerjasama Pejabat Agama Bagan Serai, Surau Al-Faizin dan KRT Taman Serai Permai ini telah diadakan pada 30 Januari 2014 bermula jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 11.40 malam.
Panel penceremah yang diundang ialah Ustaz Mohammad Nazmi bin Abd Karim dan Ustaz Ahmad Nasim bin Abd Rauf. Kedua-dua penceramah ini tidak asing lagi dalam membicarakan isu Syiah dan selalu di kaca TV9, Oasis dan Al-Hijrah. Manakala moderatornya adalah Ustaz Sufian Latif daripada JAIPk.
Orang Besar Jajahan Kerian, Orang Kaya Kaya Laksamana Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayudin telah berkenan untuk memberi ucapan aluan dan merasmikan program tersebut. Dianggarkan seramai 500 orang hadir mengikuti program ini. Tahniah dan syabas dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menganjurkan program Forum Perdana ini. Kedua-kedua panel telah memberi penerangan yang panjang lebar telah tentang isu Syiah ini. Semoga kita dapat mengambil manfaat daripada penerangan ini dan tidak terjebak dalam dakyah puak-puak Syiah di negara ini.

Kuliah Subuh Perdana pada 18 Januari 2014 yang lalu sepatutnya disampaikan oleh Ustaz Halim Din, penceramah program Tanyalah Ustaz TV9. Oleh kerana beliau terlibat dengan siaran langsung program tersebut pada pagi berkenaan, beliau telah tidak dapat hadir bagi sesi kuliah perdana ini. Walau bagaimanapun tempat beliau telah digantikan oleh seorang penceramah yang tidak kurang hebatnya iaitu Ustaz Azman bin Abdul Halim dari Negeri Sembilan. Beliau pernah datang memberi ceramah sempena menyambut kedatangan Ramadan di surau ini pada 5 Julai 2012.
Alhamdulillah Majlis Perasmian Surau Al-Faizin yang diadakan pada 24 Disember 2013 yang lalu telah berjalan dengan lancar dan penuh gilang gemilang. Program yang bermula pada jam 7.00 malam itu dimulai dengan sembahyang Maghrib berjemaah. Sebelumnya pada jam 6.45 petang VVIP utama iaitu Perasmi Surau, YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayudin telah tiba ke majlis. Diikuti selepas itu dengan ketibaan Ahli Parlimen Bagan Serai, YB Dr. Noor Azman Ghazali. Antara tetamu kehormat yang turut hadir ialah ADUN Selinsing, Mantan ADUN Semanggol, Penolong Pegawai Daerah (mewakili Pegawai Daerah), Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai, Penyelaras Masjid Kawasan Bagan Serai, Penghulu Mukim Bagan Serai dan Ketua Kampung Matang Gerdu.
Majlis dimulakan selepas solat sunat Maghrib dengan ucapan pengacara Majlis, Ustaz Wan Mohd Nadzmi. Diikuti bacaan doa bagi memberkati majlis yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Lutpi Yunus, juga merupakan imam sembahyang jemaah Maghrib dan Isyak pada malam yang bersejarah ini. Pengerusi Surau Tuan Haji Ishak Nafiah memyampaikan ucapan aluan selepas itu dan diikuti dengan ucapan Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai.
Acara kemuncak adalah ucapan perasmian oleh YDH Toh Muda Orang Kaya Kaya Laksamana Raja Mahkota Dato' Haji Meor Redwan bin Mahayuddin, Orang Besar Jajahan Kerian serta upacara menandatangani plak perasmian oleh beliau. Di akhir majlis satu tayangan video dipersembahkan kepada hadirin. Video selama 3 minit ini menayangkan gambar-gambar pembinaan surau dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Surau Al-Faizin sepanjang 2 tahun, 2012 dan 2013.
Dianggarkan seramai 500 orang telah menghadiri majlis perasmian surau ini dan jamuan makan telah disediakan kepada para hadirin. Untuk makluman 5 orang penduduk taman telah menjalankan ibadah aqiqah menyembelih seeekor lembu yang dijadikan jamuan makan bagi tetamu yang hadir.
Syabas dan tahniah, pihak AJK Surau Al-Faizin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua AJK Perasmian, pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Perasmian Surau Al-Faizin ini. Kepada penyumbang dan penderma sama ada bagi pembangunan atau pengimarahan surau yang tidak putus-putus memberi sumbangan, pihak AJK Surau Al-Faizin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Semoga infak yang tuan/puan dermakan ini Allah S.W.T akan membalasNya dengan ganjaran yang berlipat ganda. Kalau tidak dunia insya-Allah tuan/puan akan mendapatnya di akhirat kelak. Amin Ya Rabbal A'alamin.

Biro Dakwah dan Pendidikan Surau Al-Faizin berjaya menganjurkan satu lagi program cuti sekolah bagi kanak-kanak dan remaja di Taman Serai Permai ini. Selepas berjaya menganjurkan Kem Smart Solat pada 18/11/2013 yang lalu, kali ini pada 03/12/2013 program Imam Muda pula dilaksanakan. Program bagi mencari bakat imam dan muazzin muda ini berjaya menarik seramai 17 penyertaan yang terdiri dari kanak-kanak dan remaja berumur antara 11 - 20 tahun. Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada peserta, ianya adalah sepenuhnya percuma.
Fasilator bagi program ini adalah terdiri dari Ustaz Wan Mohd Nazmi Wan Mohamed (Solat berjemaah dan tugas imam), Ustaz Khairul Anuar Haji Ishak (Muazzin) dan Ustaz Mohamad Nizam Ismail dari Kolej Universiti Islam Melaka (motivasi).
Program bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.45 tengah hari. Jamuan nasi kari ayam disediakan dan peserta juga diberi sijil penyertaan di akhir program.
Antara AJK dan Pegawai Surau yang terlibat bagi membantu menjayakan program ini ialah Haji Idrus Haji Amran, Ahmad Rosman Razali, Syed Ameer Ali Rahaman dan Mohd Rodzi Mat Aji. Syabas dan tahniah kepada semua pihak yang terlibat kerana berjaya menganjur dan mengendalikan program yang amat baik ini.

Kem Smart Solat untuk anak-anak jemaah Surau Al-Faizin yang berumur 7 - 12 tahun telah berjaya dilaksanakan oleh pihak surau melalui Biro Dakwahnya. Program setengah hari yang diadakan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari pada 18 November 2013 telah menarik seramai 85 penyertaan. Tiada yuran penyertaan yang dikenakan. Pengendali Kem Smart Solat adalah terdiri dari Ustaz Wan Mohd Nadzmi yang juga merupakan Timbalan Pengerusi sebagai fasilator, Bendahari Surau Tuan Haji Idrus Amran, AJK Surau En Rosman Razali, En Syed Ameer Ali Rahaman, En Sirajuddin Ghani dan En Rosli. En Mahadi Kamaruddin, pengusaha sewaan khemah dan cendol di Taman Serai Permai ini telah bermurah hati menaja jamuan makanan untuk peserta-peserta kem. Pihak Surau Al-Faizin merakamkan ucapan terima kasih kepada beliau.
Pada 15 November 2013 yang lalu sekali lagi pihak AJK Surau Al-Faizin berjaya menganjurkan satu lagi Kuliah Maghrib Perdana dalam siri-siri kuliah agamanya. Penceramah undangan adalah ulama tersohor dari Terengganu iaitu Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh. Dianggarkan seramai 200 orang jemaah yang terdiri dari penduduk taman dan kawasan sekitar hadir untuk mengikuti ceramah beliau.
Majlis Penyerahan Bantuan Zakat Perniagaan Bank Rakyat kepada Surau Al-Faizin bagi pembelian LCD Projektor telah diadakan pada hari Khamis 24/10/2013 selepas solat Maghrib. Majlis penyerahan replika cek bernilai RM5,000.00 telah disampaikan oleh Pengurus Bank Rakyat Cawangan Bagan Serai kepada Pengerusi Surau Al-Faizin, Tuan Haji Ishak Nafiah. Farmasi Ummaiza telah bermurah hati menaja jamuan nasi lauk daging kambing kepada hadirin yang terdiri dari kakitangan-kakitangan Bank Rakyat Bagan Serai, AJK Surau Al-Faizin dan para jemaah surau. Terima kasih.
Sembahyang Sunat AidilAdha 10 Zulhijjah 1434H bersamaan 15 Oktober 2013 di Surau Al-Faizin pada kali ini telah diimamkan oleh Pengerusi Surau, Tuan Haji Ishak bin Nafiah. Manakala khatib jemputan ialah Ustaz Mohd Shah bin Ramli, bilal pula ialah En. Azmi bin Osman. Jumlah kutipan yang dikutip pada Hari Raya AidilAdha kali ini berjumlah RM566.00
Pihak Surau Al-Faizin dengan kerjasama KRT Taman Serai Permai telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban yang dijalankan selepas solat sunat AidilAdha. Sebanyak 3 ekor lembu telah dikorbankan pada kali ini.

Pada 15 September 2013 bersamaan 9 Zulkaedah 1434H pihak Surau Al-Faizin telah menganjurkan Kuliah Maghrib Perdana yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Subri Arshad. Ustaz Subri Arshad adalah penceramah yang tidak asing lagi di utara tanah air. Beliau merupakan Pengetua Maahad Adda'wah Al-Islamiyah Padang Menora, Tasik Gelugor sebuah pusat pengajian Islam dan Al-Qur'an yang terkenal di Pulau Pinang. Beliau telah memberikan ceramah huraian kepada doa hati yang diamalkan oleh Imam Nawawi seperti di bawah.
Seperti tahun lepas, sekali lagi pada tahun ini pihak Surau Al-Faizin telah menyempurnakan Majlis Sumbangan Kepada Anak Yatim, OKU, Fakir Miskin dan Ibu Tunggal. Derma dan sumbangan daripada orang ramai penduduk Taman Serai Permai telah disalurkan kepada golongan ini dalam satu majlis yang diadakan pada 3 Ogos 2013 bersamaan 25 Ramadan 1434H.
Program bermula jam 6.15 petang dengan tazkirah pendek yang disampaikan oleh Ustaz Sufian Abdul Latif, Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak. Pengerusi KRT Taman Serai Permai, Encik Mohd Naim bin Abdullah, Pengerusi Surau, Tuan Haji Ishak bin Nafiah dan Ustaz Sufian sendiri telah menyampaikan sumbangan kepada anak yatim, oku, fakir miskin serta ibu tunggal. Ustaz Lutpi Haji Yunus telah mengetuai bacaan tahlil dan doa selamat dan dikuti dengan jamuan berbuka puasa dan sembahyang Maghrib berjemaah.
Pihak Surau Al-Faizin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para dermawan yang telah menyumbangkan wang ringgit bagi membolehkan sumbangan ini disalurkan kepada golongan yang layak menerimanya. Semoga infak dari tuan/puan ini dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda daripada Allah S.W.T lebih-lebih lagi ianya dilakukan di bulan Ramadan yang penuh dengan barakahnya. Amin Ya Rabbal A'alamin. *Klik pada gambar untuk gambar yang lebih besar.

Ceramah sempena sambutan bulan mulia Ramadan Al-Mubarak telah diadakan selepas Solat Maghrib di Surau Al-Faizin pada hari Ahad 30 Jun 2013 bersamaan dengan 21 Syaaban 1434H. Kalau pada tahun lepas pendakwah bebas dari Negeri Sembilan, Ustaz Azman Abd Halim dijemput kali ini pula pihak AJK Surau Al-Faizin melalui Biro Dakwahnya telah menjemput seorang lagi penceramah yang tidak kurang hebatnya. Beliau adalah Ustaz Suhaimi Saad, penceramah bebas dari Pahang Darul Makmur. Ustaz Suhaimi Saad telah menyampaikan ceramah selama sejam sehingga jam 9.05 malam dengan kehadiran jemaah muslimin dan muslimat yang dianggarkan seramai 100 orang. Jamuan nasi didalam bekas polysterin disediakan kepada jemaah yang hadir.
Ceramah sempena Israk dan Mikraj telah diadakan di Surau Al-Faizin pada 16 Jun 2013 bersamaan 7 Syaaban 1434H. Kali ini penceramah yang dijemput ialah Ustaz Hj Elias Hj Zakaria, Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan USM yang juga merupakan Mantan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang. Yang Berbahagia Ustaz Hj Elias Hj Zakaria telah menyampaikan ceramah selama sejam setengah bermula selepas solat Maghrib sekitar jam 7.55 malam dan berakhir pada jam 9.30 malam. Kehadiran dianggarkan seramai 150 orang termasuk muslimat. Jamuan nasi dalam bekas polysterine disediakan kepada hadirin.
Gotong-royong membersihkan Surau Al-Faizin dan persekitarannya telah diadakan pada hari Ahad 19 Mei 2013 yang lalu. Bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 10.30 pagi. Pihak AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada jemaah-jemaah yang sudi mengorbankan masa dan keringat untuk sama-sama hadir bagi membersihkan surau. Semoga Allah melimpahkan pahala yang berlipat ganda di atas keringat yang dikeluarkan itu.
Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Faizin Kali Ke 2 Tahun 2013 telah diadakan pada hari Jumaat, 10 Mei 2013 bermula jam 9.15 malam. Mesyuarat Agung kali ini tiada pemilihan AJK kerana pemilihan AJK telah dibuat pada Mesyuarat Agung Kali Pertama pada awal Januari tahun lepas. AJK sedia ada akan tamat tempoh perkhidmatan pada awal Januari tahun 2014 nanti.
Pengerusi Surau Al-Faizin, Tuan Haji Ishak bin Nafiah telah mempengerusikan mesyuarat agung kali ini. Kehadiran ahli kariah ke mesyuarat kali ini adalah amat tidak memberangsangkan. Hanya seramai 41 orang ahli kariah termasuk AJK Surau yang hadir. Jumlah ini berdasarkan senarai kehadiran yang diambil pada malam tersebut. Senarai kehadiran boleh di lihat di SINI.
Mesyuarat berlangsung dalam suasana harmoni walaupun beberapa ketidakpuasan hati ahli jemaah berikutan beberapa isu yang ditimbulkan. Antaranya isu kuliah agama yang berbaur politik yang telah tidak menyenangkan beberapa ahli jemaah. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.50 malam dengan jamuan bihun goreng disediakan kepada jemaah.

Sambutan Maulidur Rasul 1434H kali ini telah diisi dengan Ceramah Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Mutalib Maarof, Yang DiPertua Yayasan An-Nahdhoh, Kampung Petani, Kubang Semang, Bukit Mertajam. Ceramah telah diadakan pada hari Jumaat 25 Januari 2013 bersamaan 13 Rabiulawal 1434H bertempat di Surau Al-Faizin selepas solat Maghrib. Al-Fadhil Ustaz Haji Mutalib Maarof telah menyampaikan ceramah selama lebih sejam dengan kehadiran jemaah dianggarkan seramai 150 orang termasuk muslimat. Jamuan nasi telah diadakan kepada para jemaah selepas solat isyak.
Pihak Surau Al-Faizin telah menganjurkan Ceramah Perdana Sempena Maal Hijrah 1434 yang telah diadakan pada hari Jumaat 16 November 2012 bersamaan 2 Muharam 1434H bermula jam 9.00 malam. Penceramah yang diundang ialah Al-Fadhil Ustaz Roslan Che Ros, penceramah bebas yang tidak asing lagi di utara tanah air ini. Beliau telah memberi ceramah berkenaan "hijrah" (perubahan) yang sepatutnya dilakukan oleh umat Islam masa kini. Dianggarkan seramai 200 orang penduduk taman termasuk muslimat mendengar ceramah beliau yang berakhir jam 10.15 malam. Kaum muslimat yang hadir telah ditempatkan di tiga buah khemah yang diletakkan di perkarangan surau manakala kaum muslimin memenuhi ruang solat surau. Turut hadir dalam program ceramah ini ialah Adun Selinsing, YB Tuan Haji Hussin bin Din bersama isteri dan anak kecil beliau.
Al-Fadhil Ustaz Roslan Che Ros dan YB Tuan Haji Hussin Din sempat berjemaah solat Isyak bersama penduduk Taman Serai Permai yang diimamkan oleh Pengerusi Surau Al-Faizin, Tuan Haji Ishak bin Nafiah.

Ibadah korban sempena Hari Raya Aidil Adha 1433H telah dilaksanakan oleh Surau Al-Faizin pada Hari Raya Korban kedua, 11 Zulhijjah 1433H bersamaan hari Sabtu 27 Oktober 2012 mulai jam 8.00 pagi. Sebanyak 4 ekor lembu telah dikorbankan pada tahun ini. Upacara penyembelihan telah dilakukan oleh Ustaz Muhammad Shah bin Ramli dari Kampung Matang Gerdu yang juga merupakan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Teluk Medan.
Semangat gotong royong yang tinggi di kalangan penduduk Taman Serai Permai membuatkan kerja-kerja menyembelih, melapah, membahagi daging dan tulang untuk orang ramai dapat disiapkan seawal jam 11.30 pagi. Seperti kata Ustaz Muhammad Shah yang juga terlibat menolong kerja-kerja melapah dan memotong daging, jika beginilah semangat gotong royong yang ditunjukkan bukan sahaja 4 ekor malah 6 ekor lembu pun boleh ditumbangkan.
Pihak AJK Surau Al-Faizin dengan ini, ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penduduk Islam Taman Serai Permai yang turun bagi menyertai gotong royong dalam upacara ibadah korban kali ini. Semoga "pengorbanan" mereka meninggalkan aktiviti-aktiviti lain pada hari ini diberkati dan diberikan ganjaran pahala oleh Allah S.W.T hendaknya. Juga kepada peserta-perserta yang menyertai korban kali ini, semoga ibadah yang dibuat pada hari ini mendapat keberkatan dan ganjaran pahala yang berganda daripada Allah. Amin Ya Rabbal Aalamin.

Tazkirah Ramadan yang ke 3 di Surau Al-Faizin telah diadakan selepas solat sunat tarawih 8 rakaat pada malam 19 Ramadan 1433 bersamaan 7 Ogos 2012. Tazkirah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Supian Abdul Latif dari Jabatan Agama Islam Perak. Tajuk tazkirah beliau ialah "10 sebab doa tidak dimakbulkan Allah".
Ceramah Agama sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi telah diadakan di Surau Al-Faizin pada malam 5 Julai 2012 bersamaan 15 Syaaban 1433. Penceramah adalah Ustaz Azman Abd Halim, seorang penceramah bebas yang terkenal di daerah Kuala Kangsar. Beliau berasal dari Negeri Sembilan dan menyampaikan cermah yang bertajuk "Marhaban Ya Ramadan". Kehadiran jemaah amat memberangsangkan, dianggarkan seramai 100 orang termasuk jemaah perempuan telah bersama bersembahyang jemaah dari Maghrib hingga ke Isyak.
Program Israk & Mikraj dalam Kempen Sifar Maksiat yang dianjurkan oleh Surau Al-Faizin dengan Kerjasama Pejabat Agama Daerah Bagan Serai pada 9 Jun 2012 yang lalu telah mendapat sambutan yang baik. Program bermula seawal jam 2.00 petang dengan upacara perasmian telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai, Tuan Hj Tarmizi bin Sahari.
Diikuti oleh 2 ceramah dengan tajuk "Jenayah Syariah Dari Perpekstif Islam" oleh Tuan Hj Ahmad Nizam bin Amiruddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIPk dan "Penerangan Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992" oleh Ustaz Supian bin Abdul Latif, Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Syariah JAIPk. Orang ramai juga berpeluang melihat pameran dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, pameran Bahagian Penyelidikan JAIPk dan pameran dari Kementerian Dalam Negeri Bahagian Kawalan Penerbitan Teks dan Al-Quran. Ramai pengunjung telah mendapat rawatan perubatan dari Pusat Perubatan As-Syifaa yang telah membuka meja rawatan mulai jam 5.15 petang sehingga jam 7.00 malam. Jamuan nasi telah disediakan selepas Sembahyang Maghrib.
Kemunculan Dato' Dr Abu Hassan Din Al-Hafiz, mantan Pegawai Agama Istana Negara yang dijemput sebagai pencermah utama dengan tajuk "Israk & Mikraj" amat dinanti-nantikan. Beliau telah memberi ceramah selama hampir 1 jam 45 minit. Kehadiran orang ramai amatlah memberangsangkan, dianggarkan seramai 500 orang hadir bagi mendengar ceramah beliau. Kaum wanita ditempatkan dalam tiga khemah khas dengan disediakan skrin putih di luar surau bagi tontonan mereka. Manakala kaum lelaki memenuhi ruang di dalam surau. Program berakhir pada jam 11.30 malam.

Majlis Tilawah Al-Quran Akhir Peringkat Daerah Kerian telah berlangsung pada 16 April 2012 di Surau Al-Faizin. Buat julung kalinya Surau Al-Faizin telah dipilih sebagai lokasi tilawah. Satu penghormatan yang cukup tinggi kerana Surau Al-Faizin baru sahaja dibina, tidak sampai setahun pun telah dipilih untuk satu program besar. Terima kasih kepada Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kerian yang dipengerusikan oleh Tuan Pegawai Daerah Kerian kerana telah memilih Surau Al-Faizin. Majlis Tilawah kali ini telah dimulakan seawal jam 7.00 petang dengan sembahyang Maghrib berjemaah, diikuti dengan jamuan nasi.
Kemudian selepas solat Isyak Majlis Tilawah dimulakan dengan Timbalan Pengerusi Surau Al-Faizin, Ustaz Wan Mohd Nadzmi telah diberi penghormatan untuk memimpin bacaan doa. Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah, En Kamaruddin Awang yang juga Pegawai Daerah Kerian telah memberi ucapan aluan. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Toh Muda Orang Kaya-Kaya Laksamana Raja Mahkota, Tuan Hj Meor Redwan bin Mahayuddin.
Seramai 6 orang peserta telah memperdengarkan bacaan yang terdiri dari 3 qari dan 3 qariah. Sementara menunggu keputusan panel hakim penceramah undangan yang tidak asing lagi di utara ini, Ustaz Roslan Che Ros telah memberi tazkirah ringkas. Pada akhir majlis En Abd Ghani Harun dan Puan Hjh Norizan telah diumumkan sebagai pemenang bahagian qari dan qariah. Mereka berdua akan mewakili Kerian ke Majlis Tilawah Peringkat Negeri Perak yang akan diadakan tidak lama lagi.
Dianggarkan hampir 500 orang telah menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kerian yang telah berlangsung dalam cuaca yang dingin kerana baru sahaja selepas hujan renyai-renyai. Program berakhir lebih kurang jam 12.00 malam.

Program Kayuhan Duha dan Kecergasan Rakan Muda yang buat julung-julung kalinya diadakan di Taman Serai Permai pada 11 April 2012 sempena Cuti Pertabalan SPB Yang DiPertuan Agung telah mendapat sambutan yang begitu hebat. Program anjuran AJK Surau Al-Faizin dengan kerjasama KRT Taman Serai Permai dan Majlis Belia Daerah Kerian telah berjaya menarik seramai 107 orang peserta untuk turut serta. Peserta-peserta terdiri dari penduduk Taman Serai Permai dan kawasan sekitarnya yang berumur 10 tahun ke atas. Yuran penyertaan dikenakan sebanyak RM3.00 bagi kos pengurusan.
Program dimulakan dengan sembahyang duha secara individu yang dikendalikan oleh Pengerusi Surau, Tuan Hj Ishak Hj Napiah pada jam 8.30 pagi. Diikuti dengan tazkirah ringkas kepada peserta oleh Ustaz Wan Mohd Nadzmi. Acara kayuhan duha ini telah dirasmikan oleh En. Sharuddin bin Ahmad, Pengerusi Majlis Belia Daerah Kerian. Manakala upacara cabutan dan penyampaian hamper disempurnakan oleh Puan Raja Hamidah bt Raja Shah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kerian dan Tuan Hj Ishak serta Pengerusi KRT Taman Serai Permai, En. Mohd Naim bin Abdullah.
Tuan Hj Ishak telah melepaskan peserta untuk memulakan kayuhan dengan tembakan pistol pada jam 10.00 pagi dan peserta telah membuat kayuhan sejauh lebih kurang 12 km pergi balik bermula dari perkarangan Surau Al-Faizin sehingga ke Simpang Tiga Kuala Kurau.
Peserta-peserta remaja kemudian dimotivasikan melalui ceramah motivasi oleh Ustaz Hanif bin Sahbudin. Jamuan nasi disediakan kepada peserta selepas berakhirnya ceramah motivasi ini.
Dalam program ini juga diselitkan dengan penyampaian sumbangan barangan runcit kepada ibu-ibu tunggal di Taman Serai Permai. Sumbangan ini ditaja oleh En. Sharuddin bin Ahmad dan disampaikan oleh Puan Raja Hamidah bt Raja Shah.
Sebanyak 30 hamper disediakan sebagai cabutan bertuah dan yang paling menarik sebuah basikal disediakan oleh penganjur bagi cabutan utama. Program tamat pada jam 12.30 tengah hari dengan meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada AJK Surau, KRT, Warga Majlis Belia Daerah Kerian serta peserta-peserta kerana program ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Insya-Allah program ini akan diusahakan untuk menjadi acara tahunan dalam kalendar Surau Al-Faizin.

Kursus Pengurusan Jenazah anjuran bersama Surau Al-Faizin dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Bagan Serai telah bejaya dilaksanakan di surau ini pada hari Ahad 01 April 2012 bermula jam 9.00 pagi. Kursus ini telah berjaya menarik seramai 70 orang peserta. Sebahagian besarnya terdiri dari penduduk Taman Serai Permai dan juga peserta-peserta dari masjid dan surau-surau sekitar Bagan Serai dan Simpang Empat Semanggol.
Peserta dikenakan bayaran sebanyak RM5.00 sebagai yuran pengurusan. Kursus ini dikendalikan oleh penceramah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Noor Azam Arif bin Shaarani dari Kampung Gajah, Perak.
Jamuan nasi disediakan kepada peserta ketika sesi rehat jam 10.30 pagi. Kursus ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Kuliah agama dengan Kitab Mustika Hadis Jld 1 oleh Ustaz Sufian Abdul Latif pada 6 Mac 2012
Mesyuarat AJK Surau Al-Faizin 02/12 pada 19 Februari 2012
Majlis Ceramah Maulidur Rasul oleh Sheikh Faisol bin Hj Omar, Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu pada 1 Februari 2012 jam 9.00 malam.
Gambar-gambar
ketika perbincangan AJK pada 28.01.2012 menjelang Program Tahlil, Jamuan
dan Ceramah Maulidur Rasul yang akan diadakan pada 01.02.2012 di Surau Al-Faizin.
Hakcipta Terpelihara Surau Al-Faizin 2012